03 April 2025

AKUR ANAK-ANAK BERAYA BERSAMA BEKAS ISTERI - AWIE AKUI KETIADAAN MEREKA DI PAGI RAYA SEMEMANGNYA TERBIT RASA SAYU DI HATI : "TERASA SUNYI & KOSONG"



Terpaksa akur anak-anak daripada dua perkahwinan terdahulu tiada di sisi kerana menyambut lebaran dengan ibu masing-masing, penyanyi Datuk Awie, 57, berkata, ketiadaan anak-anak di pagi raya sememangnya menerbitkan rasa sayu di hati terutama ketiadaan puteri sulungnya.

"Kalau tiada anak-anak depan mata boleh buatkan saya jadi lemah, apatah lagi mereka kini sudah semakin dewasa. Seorang bapa mengenali erti tanggungjawab daripada anak sulungnya, memang terasa bila dia tiada.

"Bukanlah yang lain tidak memberi makna. Semua sama penting, namun anak sulung yang beri gelaran ayah kepada kita. Saya tak tahulah kalau dia nak kahwin nanti macam mana tetapi raya tetap raya, kita kena raikan kemenangan selepas sebulan berpuasa," ujarnya.

Kata Awie, dia dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin masih menyambut lebaran secara bersederhana, meskipun anak-anak menyambut Aidilfitri bersama ibu mereka.

"Tahun ini anak-anak saya tidak dapat beraya bersama kami. Mereka balik ke rumah ibu mereka dulu. Sedih juga kerana rumah terasa sunyi dan kosong. Saya tunggu mereka balik dalam sehari dua lagi dan kemudian kami beraya semula.

Klik untuk gambar besar

"Saya dan isteri tetap buat persiapan terutama menghias rumah dan beraya, cuma tak semeriah macam tahun lalu ketika semua anak ada," kata vokalis kumpulan Wings itu.

Untuk makluman, Awie berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira dan dikurniakan Putri Aleeya Antasha, 25, serta Putri Aleefa Antasha, 23, sebelum bercerai pada 2006.

Menerusi perkahwinan kedua pula bersama Rozana Misbun, Awie memiliki tiga cahaya mata, Putra Ahmad Merrah, 18, Putra Ahmad Rezzki, 17, dan Putri Qasseh Antasha 15. Mereka bercerai pada 2014.

Kemudian Awie bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mempunyai dua anak iaitu Putra Ahmad Andeeka, 4, serta Putra Ahmad Arjunna, lapan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: