Baru-baru ini, pelakon Datin Atikah Suhaime telah menerima kejutan istimewa daripada ibu mentuanya, dimana dia yang baru sebulan menimang cahaya mata sulung itu diberikan seutas rantai emas.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, ibu mentua Atikah menyarungkan rantai emas berkenaan dimana ketika itu Atikah sedang mengendong puterinya, Lyla Mulan Teh.
Turut menjadi perhatian, ibu mentua pelakon itu juga menghadiahkan gelang emas buat cucunya yang turut dipakaikan pada tangan Mulan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan Atikah sangat bertuah disayangi keluarga mentua yang menerima dirinya.
Malah, ada yang berpendapat Atikah seorang menantu yang baik dan rezekinya mendapat keluarga mentua yang baik.
Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan pada 8 Mac lalu, yang diberi nama Lyla Mulan Teh.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment