"Kita beli ni bukan untuk sesiapa, untuk anak saya juga. Saya kerja keras untuk sayang juga sebab banyak tolong saya kerja. Bukan mahal pun 1.5 juta ni, aset kita. Kalau saya meninggal nanti ada anak kita harta."
Itulah kata usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dimana dia baru-baru ini ada menghadiahkan barang kemas buat isteri tercintanya, Datin Seri Nur Shahida.
Aliff yang berkongsi momen bahagia itu dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial, turut dilihat memilih pelbagai jenis barangan kemas buat isterinya.
Meskipun Shahida menolak, namun Aliff berkata ianya boleh dijadikan aset, selain turut berseloroh mengatakan isterinya itu seperti seorang Datin dan bukan makcik-makcik apabila memakai barangan kemas berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Aliff yang menghargai isterinya.
Malah, ada yang mengatakan ketika isterinya dih1na, Aliff ke hadapan mempertahankan isteri tercinta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment