"Apa-apa pun kesal@han dalam dunia ni, yang saya buat tolonglah jangan babitkan keluarga saya termasuk mak dan kawan-kawan saya. Apa pun yang terjadi antara saya dan Bella sebelum ini, tak ada kena mengena dengan isu keluarga."
"Sepertimana yang semua orang tengok, hubungan saya dengan keluarga Bella dan hubungan Bella dengan keluarga saya, okay sahaja.
"Jadi, berhentilah melemparkan tuduhan yang mengatakan mak saya ni tak suka ibu tunggal, Bella dan sebagainya.
"Sebenarnya tidak pun, mak adalah orang yang paling senang nak bincang. Tak ada pun mak saya hal@u Bella atau timbul perg@duhan.
"Bella dan mak saya okay sahaja, mereka pun pernah berjumpa dan makan sekali. Tak ada mas@lah pun, tak ada istilah tak suka."
Demikian jelas pelakon Muaz Zabir yang tampil menafikan dakwaan bahawa ibunya tidak merestui hubungannya dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah kerana status wanita itu sebagai ibu tunggal.
Berhubung itu, Muaz juga meminta orang ramai tidak membuat tuduhan kerana apa yang berlaku sebelum ini antara dirinya dan Bella tidak membabikan keluarga.
Tambahnya lagi, dia dan Bella masih berkawan baik meskipun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu, malah dia ada ke rumah Bella pada hari raya serta bertemu keluarganya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment