"Tidak ada 'constant contact' (kerap berhubung) tapi saya ada hantar mesej kepadanya dengan harapan kita akan berjumpa untuk memulihkan semula hubungan.
"Sudah satu tahun lebih kami tidak berjumpa. Saya berikan dia peluang. Bagi dia bertenang dan ruang untuk kami berbaik semula."
Itulah jelas pengacara dan bekas penyampai radio popular, Halim Othman dimana dia mendedahkan sudah setahun lebih tidak berjumpa dengan anaknya yang juga pelakon, Myra Natasya.
Kata Halim atau nama sebenarnya, Abdul Halim Othman, 60, dia masih berusaha dan meluahkan hasrat untuk berbaik semula dengan anak perempuannya itu.
Selain itu, Halim turut berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, dimana tahun ini baginya meriah apabila dapat pulang ke kampung halaman di Terengganu dan berjumpa seluruh keluarga.
"Saya tidak menyambut Hari Raya bersama anak tapi kami masing-masing ada mengucapkan selamat meraikan Hari Raya.
"Boleh dikatakan antara Hari Raya paling meriah. Saya pulang ke Terengganu 10 hari selepas Hari Raya," tuturnya.
Terdahulu, hubungan dua beranak itu didakwa r£nggang selepas Myra atau nama lengkapnya Yusmyra Natasya Abdullah, 30, mengakui dirinya anak tidak sah taraf.
Malah Myra turut mendedahkan Halim dan ibunya iaitu Yusnita Omar tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang pernah diperkatakan serta mempersoalkan isu penamaan bapa dalam sijil kelahirannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment