25 April 2025

DIDAKWA CUR4NG - PENYANYI NASYID TERKENAL BERSTATUS SUAMI ORANG JALAN PEGANG TANGAN DENGAN WANITA LAIN?



Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan seorang penyanyi nasyid terkenal berstatus suami orang telah berlaku cur@ng terhadap isterinya yang difahamkan kini berada di luar negara untuk satu urusan.
Ini kerana menurut sumber, penyanyi nasyid yang mempunyai latar pendidikan tinggi itu dilihat keluar berduaan dengan wanita lain berusia 30-an sambil jalan berpegangan tangan di sebuah pusat membeli-belah selepas terserempak dengannya.

"Mereka berpakaian warna sedondon dan berjalan berpegangan tangan seolah-olah suami isteri. Setahu saya isteri dia berada di luar negara. Saya cuba merakam tapi agak jauh kerana terkejut melihat seorang artis nasyid berkelakuan begitu," katanya.

Selain itu, sumber berkata, dia cuba mengikuti pasangan terbabit secara dekat namun gag@l berbuat demikian kerana wanita tersebut seperti sy@k dengan dirinya.

"Artis itu kemudian masuk ke tandas dan wanita itu tunggu di luar depan tandas. Saya perasan wanita itu macam sy@k sesuatu dekat saya dan saya terus pergi tempat lain.

"Apabila saya kembali ke situ, mereka sudah tiada. Saya pusing satu kawasan aras situ tapi tak berjumpa. Mungkin mereka masuk ke restoran atau dah naik lif," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: