25 April 2025

NINA ISKANDAR SAHKAN DIRINYA KINI SEORANG JANDA



"Status saya sekarang, seorang janda. Sampai bila saya mahu berselindung mengenainya (perceraian). Lagi pun, sebelum ini saya tidak berani untuk berkongsi kepada peminat dan rakan media kerana k£s perceraian kami masih berjalan ketika itu.

"Jadi, sekarang ini barulah saya boleh jelaskan mengenai status sebenar saya selepas kami sah bercerai talak satu, tahun lalu," jelas pelakon Nina Iskandar dimana dia akhirnya membuka mulut mengenai status rumah tangganya.

Nina mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, penolong pengarah Azlan Adzanan dengan talak satu di Mahkamah Brunei pada tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

Kata Nina, dia merahsiakan perceraian kerana tidak mahu menga1bkan mana-mana pihak, selain memberitahu, dia dan bekas suaminya itu sudah tinggal berasingan sejak pertengahan tahun 2022.

"Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheb0h-heb0hkannya kerana perlu menjaga nama baik kedua belah pihak dan menjaga s£nsitiviti keluarga.
"Malah, sebelum ini ada juga pihak media bertemu saya untuk bertanya mengenai perkara sama (k£s perceraian), namun ketika itu tidak boleh beritahu perkara sebenar kerana perceraian kami belum rasmi," ujarnya.

Dalam pada itu, Nina meluahkan rasa syukur apabila anak tunggal mereka, Aaryan Ar-Rizqin kini berusia 5 tahun sudah memahami situasi ibu bapanya.

"Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizain bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan mereka sebagai anak dan bapa," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: