"Berdebar, teruja, semua ada. Apatah lagi banyak yang saya kena belajar sebelum memulakan hidup sebagai isteri. Apa pun saya berterima kasih kepada yang mendoakan. Saya harap dapat jadi isteri dan ibu yang baik."
Demikian ujar pelakon Eyka Farhana dimana dia mengakui berdebar menghitung hari bahagianya yang bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati, pemain sayap terengganu FC, Akhyar Rashid, tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Eyka berharap dapat menjadi seorang isteri dan ibu yang baik, selain turut meminta peminat mendoakan yang baik agar urusan perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.
Klik untuk gambar besar
Eyka dalam masa sama berkata, dia memilih untuk merahsiakan tarikh hari bahagianya itu dan majlisnya bakal dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
"Ia bukanlah majlis tertutup, tapi jumlah tetamu terhad. Persiapan hampir selesai. Saya harap majlis nanti lancar. Dan saya harapkan doa yang baik-baik dari peminat," katanya.
Disamping itu, Eyka juga meluahkan rasa syukur Akhyar memahami dan tidak menghalang dirinya untuk terus berlakon selepas berkahwin serta tidak akan tinggalkan karier jika suaminya terpaksa berpindah.
"Malah dia sangat memberikan sokongan dan sentiasa menggalakkan saya. Keadaan selepas kahwin pasti berubah, kena lebih banyak masa bersama.
"Tapi dalam masa yang sama saya tidak akan tinggalkan karier meskipun perlu ikut bakal suami kalau dia terpaksa berpindah jik ditawarkan bermain di tempat lain," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment