"Lain orang, lain pemikiran. Tapi lakukan saja cara yang boleh buat kamu bertambah yakin dan merasa senang dengan diri sendiri."
Demikian jelas pelakon Scha Elinnea, 26, dimana dia percaya setiap individu ada pandangan tersendiri mengenai isu menambah kecantikan diri dengan menggunakan pros£dur pemb£dahan.
Berkongsi pendapat peribadinya berhubung 'jalan pintas' itu, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
Klik untuk gambar besar
Berhubung itu, Scha berkata, dia tidak perasaan mengenainya, namun mengakui memang melakukan pros£dur Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU) di klinik berkenaan.
"Tiada komen sebab saya tidak tahu apa-apa. Langsung saya tak perasaan. Saya buat HIFU, mesin untuk garis rahang. Saya nak bentukkan (wajah), bukan buat pemb£dahan pun.
"Saya buat pun untuk hilangkan lemak-lemak. Banyak kali juga buat kerana ia menggunakan mesin," kata pelakon drama bersiri 'Nasi Kerabu Untuk Che Abe' itu.
Terdahulu, Scha menerima pelbagai reaksi selepas sebuah video menampakkan perubahan pada bahagian hidungnya itu dikongsikan di media sosial.
Ada yang mengatakan wajah pelakon itu terutama bahagian hidung lebih cantik berbanding sebelum ini, termasuk ada juga yang menasihatkan dia tidak perlu ubah wajahnya kerana memang sudah sedia cantik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment