Penyanyi Hael Husaini, 38, baru-baru ini sering dilihat bersama seorang lelaki yang menemaninya ke mana-mana acara.
Berhubung itu, Hael menjelaskan, lelaki terbabit adalah pembantu khas yang menemaninya dan memudahkan dia bekerja dan belum sampai ke tahap memerlukan pengawal peribadi.
Tambahnya lagi, lelaki itu juga berkhidmat sebagai pemandu dan penjaga barangan peribadinya jika dia mengadakan persembahan.
"Itu pemandu, bukan 'bodyguard' (pengawal peribadi). Saya tiada 'bodyguard', saya cuma upah pemandu peribadi. Saya kurang mahir memandu kereta, jadi apabila ada pemandu peribadi, dia boleh bawa saya dengan selamat ke lokasi.
"Ketika ada undangan yang banyak, waktu saya sangat terhad dan perlu sampai ke lokasi dengan tepat pada waktunya. Itulah fungsi pemandu yang saya upah itu," katanya.
Dalam pada itu, akui Hael, dia mungkin akan menggunakan khidmat pengawal peribadi jika memerlukan dalam acara yang membabitkan jenama besar dan barangan berharga.
Namun setakat ini, pelantun lagu 'Meriah Lain Macam' bersama penyanyi Nadeera Zaidi itu berkata, dia cuma perlukan pembantu untuk mengawal rapi barangannya ketika menghadiri mana-mana acara.
"Contoh acara yang perlukan kawalan apabila melibatkan jenama-jenama besar atau saya menyarung mahupun menggayakan jenama mewah terbabit di atas badan.
"Tapi lebih kepada menjaga barangan yang saya pakai ketika majlis berlangsung," ujarnya yang turut mengumumkan sudah membuka syarikat pengurusan artis sendiri dinamakan Huge Entertainment House dan Nadeera menjadi artis sulung naungan syarikatnya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment