25 April 2025

KONGSI BERITA GEMBIRA - AFDLIN SHAUKI TIMANG 'BABY BARU' DI USIA 53 TAHUN : "SANGAT SERONOK SEPERTI DIBERI PELUANG KEDUA UNTUK JADI SEORANG BAPA"



"10 bulan lepas, saya menimang seorang cahaya mata. Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana mendapat rezeki seorang anak perempuan."

Itulah tutur pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki yang berkongsi berita gembira dimana dia dan isterinya, Datin Marcella menimang cahaya mata perempuan pada Ogos tahun lalu.

Afdlin yang meluahkan rasa syukur di atas kelahiran zuriat baru itu berkata, bergelar bapa di usia lebih matang agak berbeza, namun gembira diberi peluang dan dapat menjaga anak kecil.

Klik untuk gambar besar

"Perasaan saya ada anak kecil ketika di usia sekarang, sangat seronok seperti diberi peluang kedua untuk menjadi seorang bapa. Saya rasa sangat gembira dapat menjaga anak kecil pada umur sekarang," ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut memberitahu, dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum dan mungkin akan berkongsikan apabila usia anaknya mencecah usia dua tahun.

"Bila umur dia nak lebih dua tahun, baru saya akan tunjuk anak saya," kata Afdlin yang mendirikan rumah tangga dengan Datin Marcella pada Ogos 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: