25 April 2025

MISHA OMAR DEDAH DUA DEKAD LALU DIA PERNAH RANCANG BERSARA DARIPADA MENYANYI



"Sudah tentulah setiap perjalanan ada permulaannya dan ada pengakhirannya, bukan? Jadi, sejujurnya, saya rasa waktu itu saya mula rasa seperti sudah semakin hampir ke penghujung dan terfikir mengenai persaraan.
"Sebabnya, ketika itu berlaku satu perubahan besar dalam kerjaya suami saya. Dia pernah menyuarakan hasrat untuk berhijrah. Maka saya pun terfikir, takkanlah saya nak biarkan suami saya pergi seorang diri? Saya sayangkan dia.

"Dia bukan sekadar berpindah tempat kerja, tapi berpindah ke luar negara. Jadi, kalau suami saya betul-betul berhijrah, mungkin saya pun akan melepaskan kerjaya saya. Mungkin."

Demikian ujar penyanyi, Misha Omar, 43, dimana dia pernah merancang untuk bersara daripada kerjaya nyanyiannya yang diceburi sejak lebih dua dekad lalu.

Ini kerana jelas Misha, beberapa tahun lalu, dia bagi mengikut suaminya yang juga juruterbang, Firos Ezwan Rosli untuk berhijrah apabila mendapat tawaran kerja di luar negara.

Tambahnya lagi, untuk penghijrahan itu, dia dan suami kemudian berbincang secara matang dan memikirkan segala kemungkinan, antara perkara yang diteliti adalah k£sannya kepada anak-anak mereka.

"Saya pernah terfikir semua kemungkinan. Tapi Alhamdulillah, semuanya hanyalah perancangan ketika itu.

"Dia pun ada pergi, tengok-tengok, bincang-bincang, tapi akhirnya macam-macam perkara perlu difikirkan.

"Benda-benda kecil dalam rumah tangga pun kita perlu ambil kira. Dan akhirnya, dia masih di sini. Mungkin belum tiba masa yang Tuhan izinkan.

"Bidang dia pun memang begitu, kerap berlaku pertukaran. Jadi, beberapa kali juga peluang itu muncul dan dia memang sudah bersedia untuk pergi ketika itu.

"Cuma dia fikir, waktu itu Idris masih kecil dan Adam pula akan ambil SPM. Jadi, keputusan untuk berhijrah itu ditangguhkan dulu. Begitulah.

"Tapi kalau anda tanya saya, hidup ini memang begitu. Tidak mungkin saya boleh terus menyanyi selama-lamanya. Itulah lumrah kehidupan dan saya rasa, itu satu perkara yang adil," katanya.

Untuk info, Misha mula menceburi bidang nyanyian sejak berusia 19 tahun selepas menyertai pertandingan Bintang RTM pada 2001.

Sehingga kini, penyanyi itu pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk lapan trofi Anugerah Juara Lagu dan lima Anugerah Industri Muzik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: