25 April 2025

SEKIAN LAMA 'TERPISAH' - NABILA HUDA RINDU BAPA, BERSYUKUR BERTEMU AMY SEARCH DALAM KEADAAN TAK SENGAJA



"Saya percaya segala yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui situasi kami. Saya terima dengan hati yang terbuka.

"Namun, rindu itu tetap ada dan sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya reda dengan takdir yang sudah ditentukan. Jika bukan di dunia ini, mungkin kebahagiaan itu menanti kami di alam yang seterusnya."

Itulah ujar pelakon Nabila Huda, 40, dimana dia sebak mengenangkan kerinduan terhadap bapanya, penyanyi Datuk Amy Search, 66, serta menganggap apa yang berlaku antara mereka adalah takdir yang perlu diterima.

Nabila sebelum ini ada memuat naik hantaran di media sosial memaparkan video dia berpelukan dan mencium Amy bersama keterangan yang ditulis takdir mungkin memisahkan, tetapi ikatan mereka sebagai anak dan bapa tidak akan terputus.

Klik untuk gambar besar

Enggan menjelaskan apa isu yang berlaku di antara dia dengan bapanya itu, Nabila berkata, apa yang berlaku menyentuh em0sinya dan ia tidak berpenghujung sejak dia kecil hingga sekarang.

"Saya ada kehidupan sendiri, begitu juga orang lain. Saya tidak perlu menjelaskan apa yang berlaku dalam hidup saya kepada sesiapa.

"Saya percaya, jika takdir dan masa memisahkan kita, alam tetap akan menemukan jalan untuk mempertemukan semula walaupun keadaan yang tidak disangka.
"Namun, begitulah kehidupan. Setiap orang ada jalan masing-masing. Kita perlu laluinya dengan tenang dan reda. Jangan terlalu memikirkan apa yang belum pasti.

"Jika ada rezeki dan masa itu tiba, kita akan dipertemukan kembali," katanya yang dalam masa sama turut akui rindu dan menyifatkan pertemuan itu terlerai setelah sekian lama tidak berjumpa.

"Bila sudah lama tidak berjumpa dan berjumpa dalam keadaan tak sengaja. Saya seronok tapi pada masa yang sama saya juga gem£ntar.

"Saya sempat bersalam raya dan meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa Aidilfitri lalu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Saya bersyukur atas pertemuan ini," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: