"Hampir empat bulan mereka nikah, barulah saya sebagai adik kongsi foto mereka, bukan gambar Bonda Rozita tapi gambar keluarga. Tapi gambar itu pun dikongsi selepas saya nampak Bonda Rozita muat naik gambar dia dan suami di Mekah.
"Niat saya kongsi gambar hanyalah mahu menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Tujuan saya baik. Tiada niat apa pun. Saya bangga Bonda Rozita jadi kakak ipar saya.
"Dia merupakan seorang yang berjaya (dalam bidang usahawan) dan idola kepada wanita di luar sana," jelas pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam.
Tambah Rebecca lagi, abangnya itu sudah berusaha agar kedua-dua pihak keluarga berjumpa dan berdamai, namun pelawaan itu ditolak oleh pihak Bonda Rozita.
"Abang Long sudah cakap dengan Bonda Rozita untuk bawa keluarga mereka dan Abang Long bawa kami tapi pihak sana tak nak. Kalau betul jodoh ini, tak ada orang nak kahwin dalam masa singkat. Akhirnya kita tetap keluarga," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment