09 April 2025

NUR NILAM BERJALAN KELUAR DARI MAHKAMAH - RUMAH TANGGA AZLAN KOMENG UNDANG TANDA TANYA



"Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau menjaganya. Selepas ini tiada lagi takdir bernama kita."

Itulah tulis isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang seolah memberi gambaran sudah memfailkan permohonan perceraian.

Menerusi media sosial, Nilam memuat naik video yang memaparkan dia sedang berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, dan ia telah mengundang tanda tanya ramai.

Nilam yang dilihat mengenakan busana serba hitam itu menulis kapsyen mengenai perpisahan dan perkongsiannya itu menarik perhatian ramai dimana rata-ratanya meluahkan rasa simpati serta mendoakan yang terbaik buatnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, cubaan menghubungi Nilam yang sebelum ini mendakwa Azlan mahu berpoligami, tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Pada Mac lalu, Nilam mendedahkan suaminya itu bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi dengan wanita didakwa 'skandal' lama pelakon terbabit.

Perkara itu didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di media sosial selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.

Untuk makluman, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: