21 April 2025

NYANYIAN LAGU KLASIK MANDARIN TARIK PERHATIAN PRESIDEN CHINA, XI JINPING & DELEGASINYA SEHINGGA DAPAT PUJIAN RAMAI - SITI NURHALIZA LUAH RASA SYUKUR, TERHARU



Baru-baru ini, video biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, yang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China, Xi Jinping dan delegasinya, tular di media sosial.

Mengulas mengenai video tersebut, Siti meluahkan rasa syukur dan terharu apabila sebutan nyanyianya yang menyampaikan lagu Mandarin itu betul dan tetamu terhibur dengan persembahannya itu.

Ujarnya, dia memang sudah sering menyampaikan lagu klasik Mandarin, 'The Moon Represents My Heart' yang dirakamkan semula oleh penyanyi Taiwan, Teresa Teng itu sejak dulu.

Klik untuk gambar besar

"Alhamdulillah, sebutan saya ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu betul dan mereka (delegasi dari China) pun terhibur. Bila dapat undangan persembahan pada acara itu, saya belajar lagi untuk sampaikan lagu Mandarin berkenaan kerana sudah lama tidak menyanyikannya.

"Kali ini, saya menyanyikan dengan gubahan yang baru sesuai dengan iringan dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose. Saya juga nyanyikan lagu ini berbeza dengan gubahan yang lebih menarik daripada pihak MPO.
"Pada masa sama, saya perlu dengar semula lagu nyanyian asal Teresa dan dengar setiap sebutan lagu itu untuk perbaiki lagi aspek nyanyian," tuturnya yang turut menyampaikan lagu irama Malaysia, 'Cindai' pada acara berkenaan, selain lagu Mandarin.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut bersyukur dengan pujian diberikan apabila persembahannya itu berjaya menarik perhatian Presiden China dan delegasinya itu.
"Saya juga dapat mesej dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai nyanyian ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu. Malah, suami di rumah pun dapat mesej dari kawan-kawannya yang hadir pada majlis itu.

"Mereka beritahu delegasi dari China juga menyifatkan nyanyian saya bagus ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu 'perfect' (sempurna)," kata Siti yang juga menganggap ia satu penghormatan dalam karier nyanyiannya.

"Saya diundang pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk membuat persembahan di Seri Perdana dan jadual saya pula ada kelapangan ketika itu. Pihak Motac juga banyak membantu dalam kerjaya saya dan ini juga salah satu sumbangan saya pada negara," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: