"Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku di dalam sebab tak pernah ada pengalaman. Apa pun terima kasih sudi hadir. Saya minta, doakan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah.
"Setakat ini, Alhamdulillah, hubungan antara saya dan dia masih baik. Kami tidak bermusvhan dan masing-masing sedar akan situasi yang berlaku. Saya sendiri tidak membuat keputusan terburu-buru.
"Saya merujuk kepada mufti, ustaz, dan individu berpengalaman dalam hal-hal syariah sebelum memfailkan perceraian ini. Perkara ini juga saya kongsi dengan ahli keluarga serta anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami."
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, dimana dia mengharapkan doa yang baik untuk proses memfailkan penceraian, hari ini, sebelum Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi prosiding perceraiannya dan suami, Dr. Rushdi Ramli.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, yang hadir di mahkamah ditemani anaknya, Putri Dahlia, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maksud pengab@ian dan keselamatan yang pernah didedahkan sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ditanya adakah suaminya ada memujuk untuk membatalkan hasrat bercerai, penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dilema' itu berkata, dia juga tidak tahu apa isi hati suaminya itu.
"Wallahu'alam. Saya tidak tahu apa ada dalam hati seseorang. Saya pun tidak pasti. Buat masa ini, saya hanya buat apa yang sepatutnya saya buat dan selebihnya saya berserah kepada Allah. Kalau dia nak pujuk, tunggu sahaja 6 Mei nanti.
"Kami masih tinggal serumah ketika sambutan Hari Raya tempoh hari dan menghadiri jemputan bersama. Kami tidak berg@duh, tetapi kini hidup agak berjauhan. Saya banyak mengal@h dan tidak bertanya lebih-lebih. Saya serahkan segalanya kepada dia," jelasnya.
Disamping itu, Nora berharap agar media dan masyarakat menghormati ruang peribadinya dan tidak membuat sp£kulasi berlebihan, memandangkan beberapa perkara masih tertakluk kepada perbicaraan di mahkamah.
Sementara itu, peguam yang mewakili Nora iaitu Sarah Mohd. Ali berkata, segala isu yang menyebabkan perceraian ini akan dibentangkan di mahkamah nanti, namun dia enggan menjelaskan kesemua perincian yang bakal dibentangkan.
"Nora sudah selamat failkan cerai terhadap suami di bawah Sesyen 47. Tarikh sebutan pertama prosiding perceraian adalah pada 6 Mei, pukul 9 pagi. Isu-isu perceraian akan dibentangkan di mahkamah nanti.
"Pihak media juga sedia maklum apa yang telah berlaku sebelum ini dan kemungkinan ada isu-isu tersebut akan disebutkan dalam mahkamah nanti.
"Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini," tuturnya.
Selain itu, Sarah juga tidak menafikan perceraian Nora dan suaminya itu berlaku disebabkan kehadiran pihak ketiga yang enggan didedahkan siapa, walaupun rumah tangga mereka diulit bahagia.
"Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga. Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada g@ngguan pihak ketiga. Namun kami tidak dedahkan dahulu siapa pihak ketiga itu.
"Disebabkan g@ngguan itu, anak guam saya terpaksa cari jalan seperti pagi ini. Jika tidak, ment@l, fizikal dan em0sinya akan terj£jas.
"Kita tak boleh nak dedahkan terlalu terperinci kerana ini membabitkan hal undang-undang. Kalau tersal@h kata, Datuk Nora pula kena sam@n," katanya.
Hujung tahun 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Pada 24 Mac 2017, Johan dilaporkan meninggal dunia pada usia 52 tahun akib@t s£rangan jantung.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment