21 April 2025

"ALHAMDULILLAH, IA PERTEMUAN YANG PALING MEMBAHAGIAKAN SAYA" - OGY KONGSI KEADAAN PELAKON VETERAN, AHMAD YATIM YANG KINI UZUR, TIDAK DAPAT MELIHAT



"Sebenarnya, saya sudah lama mahu bertemu dengan abang Mat (Ahmad Daud) bila dapat tahu dia s@kit dan akhirnya Allah SWT izinkan kami bertemu pada Syawal, baru-baru ini.
"Pertemuan kami juga diatur pelakon Sobri Anuar Tarmizi yang meminta izin dari adiknya untuk saya berkunjung ke rumah Abang Mat. Alhamdulillah, ia pertemuan yang paling membahagiakan saya kerana dapat bertemu dengan guru yang sangat saya kagumi dan hormati sejak dulu."

Itulah jelas pelakon Fauziah Ahmad Daud dimana dia memberitahu, keadaan kesihatan bintang veteran, Ahmad Yatim, 82, kini berada dalam keadaan uzur dan tidak dapat melihat seperti dulu.

Kongsi Fauziah atau mesra disapa Ogy, pelakon veteran itu kini menetap bersama adiknya di kediaman keluarga mereka di Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Fauziah turut mengulas mengenai kesihatan Ahmad Yatim, dimana pelakon veteran itu bercerita bagaimana dia kehilangan deria penglihatannya.

"Ketika itu, Abang Mat masih menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Sebaik sampai di rumahnya di Serdang, dia berasa s@kit di belakang kepala atau leher dan mendapati penglihatannya semakin kabur dan terus menjadi gelap (tidak dapat melihat).

"Abang Mat beritahu dia bersyukur kerana kejadian itu berlaku bila dia sudah sampai ke rumah. Saya juga nampak wajahnya tenang dan ikhlas serta reda dengan ujian Allah itu. Malah, dia beritahu, solatnya juga semakin khusyuk bila sudah hilang penglihatan berkenaan.

"Ada juga pihak yang bertanyakan sama ada dia mahu buat pemb£dahan dan sebagainya tetapi dia beritahu tengoklah dulu," katanya yang juga mengimbas semula pembabitan dia dan Ahmad Yatim dalam filem mega, 'Abang' pada 1981.

"Saya pernah menjadi anak muridnya dan dia adalah guru lakonan yang sangat saya kagumi dan hormati. Masa di set filem 'Abang' dulu, saya pun tidak berani bergurau senda dengannya tetapi lebih kepada memerhati cara bagaimana bintang legenda sepertinya bekerja.

"Dia tidak gar@ng tetapi sebagai guru harus t£gas supaya anak murid menghormatinya. Beliau juga tidak lokek ilmu dan sangat pentingkan kejujuran dalam seni lakon," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: