"Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika s@kit. Semua perkara boleh bincang, boleh selesai, saya kalau boleh nak selamatkan (perkahwinan), tetapi jika itu yang dia hendak, asalkan dia gembira, saya akan cuba memenuhinya.
"Kerana soal jodoh, hidup dan m@ti di tangan Allah. Kita berusaha sejauh manapun namun jika ia hanya sampai di situ saya akan reda," ujar pelakon Edika Yusof dimana dia terkejut dengan keputusan isterinya, Nor Hidayah untuk berpisah selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Kata Edika, dia akur jika perpisahan yang membuatkan isterinya gembira, meskipun dia berharap dapat selamatkan rumah tangganya.
Dalam pada itu, akuinya lagi, dia dan isteri sudah lebih tiga bulan tidak tinggal sebumbung, namun dia tidak sangka hasratnya membenarkan isterinya berpindah keluar dari rumah bagi menenangkan diri berakhir sebaliknya.
"Kalau betul dia nak dilepaskan, patutnya dari dulu lagi dia beritahu. Apabila pada waktu ini baru nak 'offer' untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat.
"Saya tidak fikir sangat. Saya pun tidak pernah minta dilepaskan. Selama ini apa yang saya buat adalah rutin dan tidak pernah mengeluh. Saya tidak suka tunjuk apa yang saya buat kepada isteri.
"Jika saya ada sal@h dan sil@p saya minta maaf. Selalunya jika saya buat sil@p saya akan minta maaf kepadanya. Kalau kita berjumpa dan berbincang, kita boleh berkawan.
"Kenapa kita perlu bermusvh? Itu yang saya mintalah," katanya yang dalam masa sama berharap hubungannya dengan isterinya kembali baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment