"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana 30 tahun ini adalah satu perjalanan yang banyak bagi ilmu dalam kehidupan, tidak kira dalam bidang muzik atau kerjaya saya.
"Saya tidak pernah meng£luh atau meny£sal dengan segala ujian dan dug@an yang dilalui, sebab kalau tiada semua itu, ia tidak akan menjadikan saya Siti Nurhaliza."
Itulah ujar Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dimana beliau bersyukur dengan perjalanan tiga dekad yang dilalui sepanjang bergelar anak seni, serta menyifatkan tempoh itu sebagai satu fasa penting yang bukan saja membentuk kerjaya seninya, malah memberi banyak pengajaran dan ilmu dalam kehidupan.
Siti yang meraikan ulang tahun ke-30 pembabitannya dalam industri seni tanah air di Pavilion Kuala Lumpur, hari ini, berkata, tiga dekad dalam dunia seni bukanlah suatu tempoh yang mudah, sebaliknya menuntut peng0rbanan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi.
"30 tahun ini lebih kepada banyak perjuangan, kesabaran yang tinggi, dan di sinilah saya dapat melihat sendiri macam mana kuatnya kasih sayang peminat terhadap saya, sekali gus membuktikan saya masih diterima saat ini," tuturnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini mengimbas kembali kenangan manis sepanjang tiga dekad dimana permulaan kariernya menerusi penyertaan dalam pertandingan Bintang HMI pada 1995 sehingga dinobatkan sebagai juara adalah detik paling istimewa.
"Saya rasa kenangan terindah adalah permulaan saya menjejakkan kaki dalam dunia seni seperti pertandingan nyanyian yang saya sertai. Bagi saya, kalau tiada permulaan atau langkah pertama itu, ia tidak akan menjadikan saya sampai hari ini.
"Kali pertama saya dikenali di kaca TV adalah menerusi pertandingan Bintang HMI. Detik itulah saya dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton. Selain itu, kejayaan lain adalah ketika dapat membawa nama Malaysia ke luar negara. Saya rasa itu adalah saat yang cukup berharga.
"Apabila bergelar penyanyi, saya tidak hanya lakukan untuk diri saya saja, tapi untuk peminat serta mengharumkan nama negara," kata Siti yang bakal mengadakan sebuah konsert khas tahun ini dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.
"Selain itu, Siti turut merancang untuk merakamkan album tradisional. Saya sedang merancang untuk menganjurkan konsert tahun ini. Kita akan umumkan tidak lama lagi.
"Cuma apa yang pasti, tahun ini saya akan kembali merakamkan album tradisional. Sekarang ini sedang dalam proses mendapatkan lagu dan membuka ruang kepada mana-mana komposer untuk menghantar lagu tradisional terbaik," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment