22 April 2025

REDA JIKA DIUJI KEHILANGAN LAGI - NORA ARIFFIN PERCAYA SETIAP YANG BERLAKU DISUSUN OLEH ALLAH UNTUK KEHIDUPANNYA



"Terus-terang, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kem@tian suami terdahulu), dan kini diuji lagi.

"Tetapi saya percaya Allah susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya. Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti. Kami tidak bercakap sesuka hati."

Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, dimana dia reda sekiranya perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli akan membawa satu lagi episod perceraian, selepas pernah berdepan beberapa kehilangan orang tersayang dalam hidupnya.

Klik untuk gambar besar

Percaya setiap yang berlaku disusun oleh Allah untuk kehidupannya, Nora dalam masa sama berasa syukur mendapat sokongan anak-anaknya untuk meneruskan dengan proses fail perceraian ini.

"Mereka tidak campur tangan kerana menganggap ini urusan antara ibu dan bapa. Kecuali jika mereka terbabit secara langsung, mereka tidak mahu masuk campur," jelasnya.

Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya jam 9.26 pagi semalam bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap Dr Rushdi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: