26 April 2025

"SAYA TAK PERNAH GUNA NAMA TOK RAM UNTUK DAPATKAN DANA (DKD)" - ALYAH AKUR SERING DIKAITKAN DENGAN SUAMINYA, NAMUN TETAP BERUSAHA SENDIRI



Penyanyi Datin Alyah, 44, tampil menjelaskan dimana dia tidak pernah menggunakan nama suaminya yang juga pengkrit1k dan penggubah lagu terkenal, Datuk Ramli MS untuk memohon Dana Kandungan Digital (DKD).
Berhubung itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan, mengakui, dia pernah bertanya kepada suaminya itu mengenai cara untuk memohon dana DKD (kategori persembahan muzik) sebelum ini.

"Saya tak pernah guna nama Tok Ram (Datuk Ramli MS) untuk dapatkan dana. Saya pernah tanya dia pasal dana tapi dia pula bertanya pada saya boleh ke untuk mohon dan apa syarat dan kertas kerjanya?

"Ramai artis yang memohon dana meletak nama Tok Ram tapi bila buat 'show' (persembahan) tiada pun nama dia," kata Alyah yang turut mengakui, dari dulu sampai sekarang orang masih mengaitkan namanya dengan suaminya itu.

"Kalau dulu saya rimas bila orang asyik tanya pasal Tok Ram dan kenapa nama saya tidak boleh berdiri sendiri? Hakikatnya, memang dia suami dan saya kena akur perkara itu tapi usaha tetap kena usaha.

"Walaupun sudah berkahwin, saya tetap berusaha sendiri dalam industri muzik dan ia tetap tak berubah," ujarnya yang dalam masa sama berkata, suaminya juga tidak terbabit dalam projek An Evening To Remember with Ayu, Idayu & Alyah dimana ia berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan.

"Sebagai isteri, memang saya ada beritahu dia mengenai projek bersama Idayu dan Ayu Damit ini. Saya ada meminta pandangan Tok Ram tapi dia tidak terbabit dalam projek ini. Memang saya boleh letak nama Tok Ram kat depan untuk persembahan ini tapi saya tak gunakan.

"Projek ini cara saya kongsi rezeki bersama rakan artis dan saya mahu bekerjasama dengan artis yang sanggup susah senang dengan saya untuk menjadikan projek ini sebagai jenama," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: