"Saya tak strong pun. Saya menangis belakang camera. Saya tak tunjuk sedih," jelas madu kepada pemp£ngaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan yang berkata, dia tidak kuat seperti yang netizen lihat.
Sering dilihat tenang, Misya menerusi sesi siaran langsung di media sosial, memberitahu, ketika sedang menjual tudung bersama suaminya, Aslam, dibelakang kamera dia menangis dan tidak menunjukkan kesedihannya.
"Aslam tolong la. Cuma korang kena faham lah sebab-sebab tertentu," kata Misya yang juga menjelaskan, Aslam turut membantu madunya dalam perniagaan tudung.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai Marissa Dania yang merupakan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, dimana dia didakwa sudah berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment