16 April 2025

KONGSI FOTO BERSAMA ISTERI YANG TAMPIL BERNIQAB & BERJUBAH SERBA HITAM - SHUKRI YAHAYA TERIMA PUJIAN



Pelakon Syukri Yahaya baru-baru ini menerusi perkongsian di media sosial telah memuat naik gambarnya bersama isterinya, Tya Adnan ketika hadir ke tayangan perdana filem 'Bl00d Brother'.

Dalam perkongsian itu, isteri Syukri dilihat tampil berniqab dan berjubah serba hitam pada majlis tersebut, sekaligus mencur1 tumpuan ramai, dimana rata-ratanya memuji serta mengagumi penampilan Tya yang dilihat cantik meskipun bertutup litup.

Bukan itu sahaja, malah ramai juga yang memuji tindakan Shukri meletakkan sticker bagi menutup mata isterinya yang mengenakan niqab sejak Februari tahun lalu.

Dalam pada itu, netizen turut memuji Shukri yang hebat dalam mendidik Tya menjadi isteri yang solehah serta mendoakan rumah tangga pasangan ini bahagia hingga ke syurga.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: