16 April 2025

SEBELUM NIKAH SEMULA ADIRA - DATUK RED MAHU LUNAS HUT4NG RM7 JUTA



"Adira ada mengajak saya berbincang mengenai perkahwinan semula kami. Tapi, saya katakan pada dia, kena tunggu dulu sebab saya nak cari duit untuk lunaskan jumlah hut@ng yang masih banyak itu.
"Sekurang-kurangnya biarlah saya dapat lunaskan sebahagian daripada jumlah hutang berkenaan dan jika ada jodoh kami, insya Allah tak akan ke mana. Saya pun hanya berhasrat nak kahwin dengan Adira saja.

"Kalau tak dapat kahwin semula dengannya (Adira), saya rela terus hidup membujang. Sebabnya, saya pun bukan muda lagi. Umur dah hampir 50 tahun dan tidak sesuai untuk bercinta-cinta.

"Tapi, saya memang dah tak nak sus@hkan hidup Adira. Saya kasihan tengok dia kerana orangnya sangat baik. Oleh itu, bagaimana urusan jodoh kami kemudiannya, saya serahkan pada ketentuan Allah."

Demikian ujar bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, 47, dimana dia t£kad mahu berusaha melunaskan sebahagian hut@ngnya berjumlah RM7 juta terlebih dulu sebelum bernikah semula dengan Adira.

Kata Datuk Red, dia harus bertanggungjawab untuk berusaha sendiri mendapatkan sumber kewangan bagi menyelesaikan permas@lahan hut@ng itu tanpa mengaitkan Adira.

Disamping itu, Datuk Red memberitahu, dia juga sebenarnya berhasrat inginkan peluang kerja tetap yang ada gaji bulanan untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian termasuk dapat mengumpul wang bagi membayar hut@ngnya.

"Sesiapa nak gajikan saya untuk kerja tetap dengan bayaran gaji bulanan, saya sedia untuk terima dan berkhidmat. Ini kerana, saya perlu ada 'income' tetap untuk bayar hut@ng dan menyara anak-anak.

"Sebagai bapa, menjadi tanggungjawab saya untuk menyara anak-anak. Selain itu, saya juga tidak memilih pekerjaan tapi biarlah ia tawaran kerja yang memang sesuai," tuturnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial video temubual Datuk Red yang mendedahkan keadaan bilik didiaminya sejak enam bulan lalu dengan sewa bulanan RM250, dimana bilik terbabit tidak mempunyai tandas.

Malah, Datuk Red sanggup berkunjung ke tandas awam di R&R (kawasan rehat dan rawat) untuk mandi, membuang 'hajat' dan sebagainya, termasuk dia juga sudah dikenali pekerja R&R di beberapa tempat hentian itu.

Sebelum ini, Datuk Red dan Adira pernah mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, sebelum perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, Datuk Red dan Adira dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 5, dan Ayob kini berusia dua tahun.

Beberapa bulan selepas bercerai tahun lalu, Datuk Red dan Adira yang masih berhubungan baik itu memaklumkan, mereka bercinta semula dan merancang berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: