16 April 2025

PERNAH PUTUS TUNANG - SYAZWAN ZULKIFLY RANCANG NIKAH SYAWARIAH TAHUN INI



Ikatan kasih pelakon Syazwan Zulkifly, 37, dan kekasihnya yang juga pramugari, Syawariah Zulkifli, 37, nampaknya bertaut kembali selepas pernah putus tunang pada 2020 dan kini mereka merancang mahu berkahwin tahun ini.

"Sebenarnya selepas putus tunang pada 2020, kami masih mengekalkan hubungan sebagai kawan. Kami putus tunang dulu bukan sebab isu besar, tapi kerana PKP (Perintah Kaw@lan Pergerakan) ketika itu.

"Sya juga sangat rapat dengan arwah emak saya ketika hayatnya dulu. Arwah juga paling selesa dengan Sya dan memang mahu melihat kami berdua berkahwin," jelasnya.

Dalam pada itu, Syazwan turut menjawab pertanyaan kenapa dia tidak mengh£bahkan kepada pihak media dan peminat selepas kembali menjalin hubungan bersama bekas tunangnya itu, dimana katanya, dia bimbang jika apa yang dirancang tidak menjadi.

Klik untuk gambar besar

"Maklumlah, kami pernah putus tunang sebelum ini. Jadi, saya tidak mahu heb0hkan perkara yang belum pasti t@kut orang cakap nanti sudah beriya-iya bertunang lepas tu tak jadi.

"Tapi kali ini, Insya-Allah, kami sudah sedia untuk beritahu pada semua dan jika tiada halangan, kami juga merancang untuk berkahwin pada tahun ini," katanya.

Untuk makluman, Syazwan dan Sya pernah melangsungkan pertunangan pada 31 Ogos 2019 di kediaman keluarga pramugari itu di Taiping, Perak, selepas 10 tahun berkawan rapat, namun pasangan ini sepakat memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: