Semua sedia maklum mengenai pemergian Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia semalam.
Pada pagi ini, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh, 63, hadir di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Michelle dilihat berselendang dan memakai kaca mata hitam sambil ditemani seorang pengiring serta pengawal keselamatan.
Klik untuk gambar besar
Istiadat Penghormatan Terakhir Perdana Menteri Kelima itu diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Turut kelihatan, orang awam sudah mula berada di Dewan Solat Utama bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment