"Kepada yang dah terima duit raya daripada saya, saya harap dapat buatkan anda tersenyum seperti saya bahagia hari ini.
"Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tapi saya senang melihat anda semua gembira. Saya minta doakan saya supaya saya boleh memberi lebih banyak lagi. InsyaAllah.
"Saya tak tahu antara doa korang doa siapa yang diangkat. Rezeki orang yang dapat hari ini pun sebenarnya dah tertulis."
Itulah kata pelakon sens@si Ruhainies dimana dia mahu memberikan duit raya kepada peminat terpilih sempena hari raya ini dan berharap pemberiannya itu dapat digunakan sebaik mungkin.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Ruhainies berkata, dia sebelum ini ada menerima banyak mesej daripada peminat yang meminta duit raya untuk keperluan harian dan dia akan memilih 10 peminat yang meninggalkan komen di media sosial.
"Saya terima banyak DM nak duit raya. Comel la korang. Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam maca lagilah.
"Saya cuma nak share duit raya. Tak adalah sampai ribu-ribu sorang. P£ngsan saya kalau macam tu. Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurangnya 10 orang," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment