"Alhamdulillah, wallahi saya tidak pernah rasa sebahagia ini. Saya sangat rasa tenang walaupun orang luar banyak berkata mengenai saya kerana saya yakin Allah itu ada."
Demikian jelas ibu kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita dimana usahawan ini mengakui, dia berada di fasa paling bahagia dan rasa tenang, meskipun ada memperkatakan tentang dirinya.
Selain itu, Bonda Rozita yang selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati itu turut mendedahkan suaminya yang mengajaknya berkahwin dan dia melakukan solat istikharah setiap hati untuk meminta petunjuk dari Allah.
"Jujur saya cakap, sebenarnya dia yang beria ajak saya kahwin. Saya buat solat istikharah setiap hari. Saya lakukan tiga kali solat istikharah, sekali solat hajat dan sekali Yasin Mubin.
"Saya berdoa wahai Allah sekiranya dia yang terbaik dekatkan, sekiranya dia bukan terbaik jauhkanlah, lebih sebulan saya lakukan sebegitu," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.
Bukan itu sahaja, malah Bonda Rozita memberitahu, dia juga menunaikan umrah dan berdoa kepada Allah meminta petunjuk serta mendapat bimbingan daripada guru-gurunya.
"Masa saya pergi umrah, saya bertanya kepada Allah saya nak kahwin dengan atau tidak dengan dia. Saya buat solat hajat setiap hari dekat Madinah dan dibimbing guru saya.
"Saya juga baca al-Quran secara rawak dan lakukan sebanyak tujuh kali dan jawapan berakhir dengan surah Ar-Rahman. Jadi guru saya jelaskan maksud surah itu, saya hanya ikuti sahaja," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment