Tahniah diucapkan kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz yang kini telah pun selamat berkahwin dengan jejaka pilihannya yang merupakan seorang doktor iaitu Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura, hari ini.
Jejaka yang berjaya menambat hati penyanyi lagu 'Pujaanku' itu ialah abang kepada pendakwah selebriti dan pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, yang merupakan suami selebriti terkenal, Noor Neelofa.
Berita pernikahan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan pasangannya itu turut dikongsikan menerusi media sosial rasmi stesen radio Singapura, Warna 942.
"Alhamdulillah. Kini mereka digelar suami dan isteri. Semoga dapat membina keluarga yang penuh sakinah, mawaddah, ne'mah & rahmah. Insya-Allah," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Aisyah berkata, dia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk meneruskan perhubungan mereka selepas pertemuan pertama yang turut ditemani ibu bapanya.
Jelasnya lagi, sebelum bertemu dengan jejaka itu buat kali pertama, dia melakukan solat sunat agar diberi petunjuk.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment