11 April 2025

TERIMA HADIAH ISTIMEWA, SET KAIN KAFAN DARI SUAMI SEMPENA HARI JADI KE-47 - NOORKHIRIAH ANGGAP SEBAGAI TANDA MENGINGATI KEPADA KEM4TIAN



Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-47, pelakon Noorkhiriah telah menerima hadiah 'istimewa' daripada suaminya, Azfaizul Ahtan dimana dia meluahkan rasa terkejut apabila dihadiahkan set kain kafan buatnya.
Noorkhiriah yang berkongsi perkara tersebut menerusi satu video itu menganggap hadiah tersebut adalah sebagai tanda mengingati kepada kem@tian dan sempat berseloroh pada hari tersebut dia akan menjalani penggambaran di tanah perkuburan.

"Saya nak pergi jalani penggambaran, sekali pandang belakang. Kain kafan hadiah hari jadi dari suami. Siap dengan riben. Saya terima. Halus permainan ini. Dahlah hari ini penggambaran di kubur. Tahniah sebab kita semakin dekat dengan kem@tian," tuturnya.

Untuk makluman, Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan pada 2006 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Hudhaifah, 15, Muhammad Yusoff, 13, dan Nur, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: