"Buat masa ini, saya memang tidak pernah terfikir hendak menukar kewarganegaraan Filipina kepada Malaysia. Bagi saya, sudah mempunyai kad pengenalan merah sebagai penduduk tetap di sini saya sudah bersyukur.
"Buat masa ini biarlah saya terus kekal sebagai rakyat asal Filipina kerana ibu dan keluarga saya masih ada di sana.
"Malah, saya cukup gembira dapat menetap di Malaysia dan Filipina dengan bebas tanpa sebarang syarat. Di Filipina sebagai warga negara dan di sini pula, penduduk tetap.
"Memang ada yang cakap saya boleh tukar kewarganegaraan kepada Malaysia. Cuma, dalam situasi sekarang saya mahu terus pegang kedua-duanya (pasport Filipina dan kad pengenalan merah Malaysia)."
Klik untuk gambar besar
Menurut Mark atau nama sebenarnya, Fikri Mark Adam Abdullah, dia sudah 24 tahun menetap di Malaysia sejak 2001 dan selesa dapat memegang status sebagai penduduk tetap atau PR di negara ini.
Katanya lagi, apa yang bagusnya bila tidak melucutkan taraf warga negara asal adalah dia kekal boleh menetap di Filipina dalam tempoh lama mengikut keinginannya tanpa melangg@r undang-undang.
"Begitu juga sekarang, saya boleh menetap di Malaysia sampai bila-bila juga. Jadi, ia sangat memudahkan saya dalam membuat perancangan bekerja dan mencari rezeki di sini.
"Jadi, saya enggan mengambil sebarang ris1ko dengan melucutkan kerakyatan asal Filipina kerana tidak tahu juga perkara yang akan berlaku di kemudian hari. Oleh itu, biar dikekalkan saja," katanya yang berasal dari Cebu, Filipina.
Mark yang berhijrah ke Malaysia pada 2001 untuk melebarkan kerjayanya sebagai penyanyi itu bertemu jodoh dengan isteri, Nor Azah Redzuan pada 2003 selepas memeluk Islam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment