"Sekarang saya tiada pendapatan sebab dah dua minggu tidak buat 'live' di media sosial kerana alami s@kit mata yang berj@ngkit daripada anak saya sejak hari raya Aidilfitri kedua, baru-baru ini.
"Jadi, hari ini saya ke hospital untuk buat pemeriksaan doktor kerana dari mata kanan yang s@kit dulu, macam nak berj@ngkit ke mata kiri pula. Apatah lagi, saya juga susah nak tidur malam sebab tak tah@n s@kit.
"Ini pun, Alhamdulillah Adira yang bantu saya hantar ke hospital dan dia juga yang bayar semua kos perubatan ini menerusi insur@ns yang dimasukkannya atas nama saya."
Itulah kata bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red, 47, dimana dia bersyukur anak-anaknya faham keadaan bilik sewa didiaminya sekarang tiada tandas.
Jelas Datuk Red lagi, dia sudah mendiami bilik itu yang terletak di Sungai Buloh Selangor kira-kira enam bulan lalu dengan sewa RM250 sebulan yang mampu dibayarnya dengan pendapatan hasil jualan pr0duk di 'live' di media sosial.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata, dia tidak meminta bantuan Adira untuk mendapatkan bilik sewa lebih selesa, kerana dia sudah banyak menyusahkan bekas isterinya itu selama sembilan tahun hidup bersama.
"Yayang (panggilan mesra Adira) sangat baik orangnya. Dari dulu sejak saya berkahwin dengannya sampailah kami sudah bercerai sekarang dan bukan suami isteri lagi, tapi dia masih bantu saya dari segi kewangan.
"Saya dah m@lu nak minta bantuan daripadanya (Adira) kerana saya tahu dia tidak akan menolak untuk membantu. Selama ini, tidak pernah dia kata tak dapat bantu saya termasuklah ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.
"Apapun, saya tetap gembira anak-anak bersama Adira faham keadaan bilik yang diduduki itu dan bila bersama saya, mereka tiada mas@lah untuk dibawa menggunakan tandas awam seperti di R&R (kawasan rehat dan rawat)," ujarnya.
Selain itu, bapa 10 orang anak itu berhasrat ingin mencari kediaman baru yang lebih baik walaupun hanya memiliki dua bilik tidur saja dan mampu membayar sewa setiap bulan.
"Saya tak kisah pun sekiranya duduk menyewa di rumah flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) asalkan harga sewanya murah dan saya mampu bayar. Bagi saya, itu lebih baik untuk keselesaan anak-anak.
"Cuma, ketika ini saya juga kalau boleh inginkan peluang kerja tetap yang ada gaji bulanan untuk menampung perbelanjaan kehidupan termasuk dapat mengumpul wang untuk membayar hut@ng saya yang masih banyak," tuturnya.
Disamping itu, Datuk Red turut mengaku, dia kini berada dalam fasa berjimat cermat dan perlu terus berusaha untuk bangkit bagi melunaskan hut@ngnya yang mencecah RM7 juta dan setakat ini baru dapat membayar sebanyak RM30,000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment