12 April 2025

ZEHRA ZAMBRI TAK SANGKA SUAMI DAKWA PERNAH DID£RA : "DIA CUBA TUTUP KESAL4HAN ASAL & TERBUKA CERITA LAIN SEDANGKAN SAYA, NAK TUTUP A1B DIA"



"Mulanya saya nak failkan untuk cerai secara 'fast track' tapi dia tak setuju. Itu yang dibawa selepas raya untuk tahu pendiriannya sebagai defendan.
"Saya dah kemukakan lima tuntutan tapi dia bid@s dalam mahkamah. Dia kata tak setuju dan anggap semua itu fitn@h.

"Saya yang lalui pengalaman hidup dengannya dan rasa penat. Orang tak tahu apa yang dilalui. Dia dah burvkkan saya. Memang tak sangka pun."

Demikian kata penyanyi Zehra Zambri, 37, dimana dia memaklumkan terkejut dengan tindakan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 41, yang mendakwa pernah did£ra.

Ujar Zehra, tindakan itu sekali gus menenggelamkan isu utama iaitu tuntutan nafkah terhadapnya seperti yang dikemukakan pada sebutan pertama di Mahkamah Syariah Hulu Langat, Khamis lalu.

"Saya ada bukti-bukti dalam perkara ini. Tiba-tiba lepas sebutan dia naikkan isu lain sehingga menenggelamkan isu utama iaitu tuntutan.

"Dia buka cerita dia did£ra. Benda dah lama, rasanya dua tahun sudah. Kenapa dia nak menguar-uarkan lagi. Sekarang orang dah lupa isu utama dan ditutup dengan cerita dia did£ra isteri.

"Satu Malaysia kata saya isteri nusyuz, isteri derh@ka sedangkan tujuan utama ialah untuk sebut lima perkara ini," ulas Zehra yang turut berkata, apa yang berlaku hanya permulaan tetapi menyatakan k£sal dengan sikap suaminya.

Antara sebutan terbabit ialah tiada lagi persefahaman, cul@s menjalankan tanggungjawab dan pengab@ian, selain perkahwinan tidak dapat diselamatkan serta sikap.

"Dia cuba tutup kesal@han asal dan terbuka cerita lain sedangkan saya, nak tutup a1b dia. Saya dah lama ters£ksa hidup dengannya. Sekarang dia lancarkan p£rang untuk j@tuhkan reputasi saya dan saya terima.

"Tak mengapa nanti Allah akan bongkar. Namun saya bersyukur ada juga yang menyokong. Kebanyakannya orang yang kenal siapa saya.

"Mereka banyak menyalurkan info-info sebenar. Orang yang pernah jadi m@ngsa dia pun menyokong saya. Yang tak diduga, ada yang bantu saya bagi semangat," tuturnya yang akan menjalani proses JKP dengan suaminya pada 7 Mei nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: