12 April 2025

'BVRNOUT', REHAT BUAT PAI - ZAHNITA WILSON AKAN JAWAB SEMUA ISU PADA 18 APRIL DI MAHKAMAH



"Saya berada di ambang keletihan yang terlalu penat (bvrnout). Saya letih dari segi ment@l, em0si dan fizikal, jadi izinkan saya untuk berehat.

"Saya akan kembali mengambil pesanan dalam masa satu minggu lagi, terima kasih banyak atas sokongan anda."

Itulah tutur bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, 40, dimana dia memberitahu, dirinya kini berada dalam keadaan terlalu penat atau 'bvrnout'.

Ia susulan namanya kembali hangat apabila bekas rakan kongsinya iaitu Nur Hanisah tampil dengan pelbagai dakwaan mengenainya di media sosial.

Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, Zahnita berkata, disebabkan isu tersebut, dia memerlukan masa untuk berehat daripada perniagaan pai yang diusahakan bagi mencari ketenangan.

Dalam hantaran lain pula, Zahnita mempelawa para media untuk hadir ke sebutan k£s cerai dia dengan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 18 April ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Klik untuk gambar besar

Menurut Zahnita lagi, terdapat tiga k£s yang akan berjalan serentak iaitu melibatkan hadanah, int£rim injunksi dalam menghalang g@ngguan dan memulangkan barang peribadi.

Ini termasuk penyal@hagunaan anak di media sosial serta lantikan hakam keluarga bagi kedua-dua belah pihak.

Selain itu, Zahnita juga akan menjawab segala persoalan media selepas selesai pr0siding k£s berkenaan di mahkamah.

Pada Jumaat, Zahnita berkongsi laporan kesihatan dikeluarkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan dipercayai itu sebagai respons kepada Hanisah yang mendakwa dia tidak pernah dikas@ri suaminya.

Menerusi hantaran berbeza, Zahnita turut berkongsi perbualan WhatsApp bersama peguam memaklumkan, pihak pembelaan mahu memfailkan repres£ntasi menggugurkan atau meminda akta bagi tuduhan k£s kegan@san rumah tangga.

K£s itu akan disambung semula untuk proses dokumentasi pada 14 Mei 2025.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: