"Saya tidak akan melepaskan isteri kerana mempunyai alasan tersendiri dan belum masanya saya kongsi sebabnya.
"Apa boleh saya beritahu setakat ini, saya mohon kesabaran daripada pihak tertentu untuk diberi ruang dan masa.
"Saya tahu apa saya usahakan Insya-Allah bila sampai waktu tepat akan saya kongsikan dengan anda semua."
Demikian kata pelakon Azlan Komeng menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana dia mengesahkan isterinya, Nur Nilam Ortiz, 45, memfailkan fasakh terhadapnya pada Rabu lalu.
Tutur Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, dia menghormati keputusan itu, namun tidak akan melepaskan isterinya itu kerana mempunyai alasan tersendiri.
Dalam masa sama, Azlan turut memohon agar diberikan ruang menyelesaikan kem£lut rumah tangga mereka dan akan berkongsi mengenainya apabila tiba masa sesuai.
Masih menyayangi Nilam dan berharap agar isterinya itu bersabar, Azlan yakin persengk£taan di antara mereka ini dapat diselesaikan dengan baik.
"Kepada isteri saya Noor Nilam, abang (panggilan Azlan) harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk abang selesaikan apa yang perlu abang buat.
Klik untuk gambar besar
"Abang tak mampu berkata lebih hanya berharap awak dapat bersabar, Insya-Allah abang akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang boleh. Insya-Allah akan ada jalan yang terbaik," ujarnya.
Pada Rabu lalu, kehadiran Nilam ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor mengundang tanda tanya orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Nilam dilihat mengenakan jubah dan tudung serba hitam, berjalan bersendirian di perkarangan mahkamah.
Pada Mac lalu, Nilam yang mendirikan rumah tangga bersama Azlan pada 22 Januari 2022, mendedahkan suaminya itu bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi.
Perkara tersebut didedahkan Nilam menerusi video yang dimuat naik di media sosial selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment