12 April 2025

BAKAL TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI - ELISYA SANDHA AKUI BELUM BUAT SEBARANG PERSIAPAN



"Syukur Allah beri peluang untuk menjadi ibu kepada dua cahaya mata. Ini adalah tanggungjawab buat kami. Semoga saya dapat menjadi ibu terbaik buat anak-anak."

Itulah ujar pelakon Elisya Sandha yang berkongsi khabar gembira bakal menyambut kelahiran anak kedua yang merupakan bayi lelaki tidak lama lagi.

Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Sandha Hassan, 26, yang meluahkan rasa syukur itu berkata, rezeki anak juga merupakan tanggungjawab besar buat dia dan suami, Uzair Haqimy.

Pasangan itu membuat pengumuman tersebut dalam satu majlis 'gender reveal' yang berlansung di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Elisya turut berkongsi dimana dia belum membuat persiapan menyambut kelahiran anak keduanya itu.

Klik untuk gambar besar

Jelasnya, dia masih belum sempat membeli kelengkapan bayi meskipun usia kandungan sudah memasuki lapan bulan.

"Anak pertama mungkin agak kelam-kabut, tapi anak kedua ini sebulan akhir baru buat persiapan.

"Saya masih belum beli sebarang kelengkapan. Lagipun masih boleh guna semula barang-barang Bunga (anak pertama)," tuturnya.

Selain itu, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini juga memberitahu, kehamilan keduanya itu jauh berbeza berbanding dengan anak pertama.
Tambahnya lagi, dia mengalami al@han t£ruk pada awal kehamilan, malah juga mudah penat apabila kandungan memasuki trimester ketiga.

"Trimester kedua agak okay sedikit. Bila dah masuk trimester ketiga saya memang tak larat. Kaki b£ngkak dan cepat mengah," katanya.

Pada Disember tahun lalu, Elisya memaklumkan dia hamil anak kedua menerusi satu video kejutan yabg dibuat untuk ahli keluarga.

Untuk makluman, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan telah pun dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bunga Elhaq yang kini berusia 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: