12 April 2025

PABLO AMIRUL KINI SEDANG HANGAT BERCINTA DENGAN DR HANA ROSE



"Ya Allah Ya Tuhanku, untuk semua kegembiraan yang kau berikan padaku. Hanya aku mohon rahmat dan restu dari Mu. Terima kasih untuk bidadari dari syurga ini, aku cinta."
Demikian tulis pelakon watak aksi, Pablo Amirul, 40, dimana dia berkongsi dirinya kini sedang hangat bercinta dengan pakar est£tik Sabah, Dr Hana Rose.

Pablo yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial itu turut memuat naik gambar romantik serta video bersama Hana Rose.

Dalam hantaran tersebut, Pablo menulis keterangan yang menggambarkan keceriaan dan kegembiraan mengenali kekasihnya itu.

Perkongsian pelakon itu mendapat respon dari rakan-rakan artis yang mengusik Pablo di ruangan komen antaranya pelakon Zalif Sidek.

"Okay jangan tunggu lama lama aku tak nak (tidak mahu) tengok kau makan dengan kucing lagi kat rumah Pablo Amirul semeja dua orang pulak!" katanya.

Komen itu disambut oleh pelakon Mustaqim Bahadon : "Betoi tuuuu," sambutnya.

Turut memberi respon ialah pelakon Akmal Ahmad, Saiful Apek, Syazwan Zulkifly, Dayana Roza dan ramai lagi.

Sementara itu, Hana Rose juga berkongsi momen romantis dia dan Pablo ketika keluar meluangkan masa bersama-sama.

Terdahulu, Hana Rose pernah mencipta kontr0versi apabila bercinta dengan pemain bola sepak berasal dari utara yang bermain untuk pasukan Sabah.

Dia mendakwa dipukvl oleh pemain terbabit sehingga menjadi perhatian ramai. Pemain bola sepak terbabit kini sudah berkahwin dengan wanita lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: