Baru-baru ini, adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu pelakon Ezzrin Loy telah berkongsi video menerusi media sosial miliknya, dimana dia bertemu dengan bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise di acara perdana filem, 'Mission: Impossible-The Final Reckoning'.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang meluahkan rasa kagum, malah ada juga yang c£mburu dengan Ezzrin apabila berpeluang bertentang mata dengan bintang terkenal Hollywood itu.
Dalam video yang dikongsikan itu, Ezzrin dilihat sempat berbual dengan Tom serta memberitahu, dia tidak dapat tidur memikirkan akan bertemu dengan pelakon pujaannya itu.
"Saya rasa bertuah dapat bertemu awak dan saya salah seorang peminat tegar Tom Cruise. Saya sampai tak boleh tidur tadi malam sebab berfikir bagaimana nak jumpa awak nanti, sebab awak begitu hebat dan istimewa.
"Saya secara jujurnya sangat mengagumi kamu dalam semua filem antaranya 'Top Gun' dan 'Mission Impossible'. Terima kasih untuk segala jasa yang awak dah buat untuk industri," ujarnya.
Kata-kata Ezzrin itu membuatkan Tom Cruise rasa terharu serta mengucapkan terima kasih atas kehadirannya di acara tersebut yang cukup bermakna.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Ezzrin bersembang lama dengan bintang Hollywood itu serta menyifatkan ianya momen istimewa.
Disamping itu, ramai juga yang memuji Ezzrin yang dilihat yakin ketika berborak dengan Tom Cruise serta mengatakan, jika mereka berada di tempat tersebut pasti akan kelu dan gugup.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment