Jenazah Allahyarham Nas Ahmad atau nama sebenarnya, Md Nasir Ahmad telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, selepas solat Zohor, semalam.
Arwah Nas yang mempunyai mas@lah jantung sejak 2022, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pagi semalam dan meninggalkan seorang balu, Noorhayati Ahmad, tiga anak dan dua cucu.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham Nas Ahmad iaitu Muhammad Nasrul, 38, memaklumkan permintaan terakhir arwah ayahnya yang mahu makan di luar bersama keluarga minggu lalu.
Kata Nasrul atau Alun, walaupun keadaan ayahnya ketika itu agak lemah, namun arwah bersungguh-sungguh mahukan mereka sekeluarga makan bersama di luar.
"Kami tunaikan juga permintaannya. Tak sangka, itulah kali terakhir kami makan bersama di luar. Ayah sebenarnya baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh kira-kira seminggu lalu.
"Pada hari raya pertama baru-baru ini, ayah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan berada di sana selama tiga minggu," ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, di sini, semalam.
Menurut Alun, sebelah mata ayahnya juga sudah tidak boleh melihat seperti biasa dan sebelah lagi sudah menjalani pemb£dahan.
"Kami memang rancang nak buat rawatan untuk sebelah lagi selepas raya, tapi tak sempat. Semasa berada di rumah selepas keluar hospital, keadaannya nampak baik dengan pernafasannya agak okey.
"Namun, dua hari lalu, ayah mula batuk berkah@k dan kah@k itu suk@r dikeluarkan. Kami berikan ubat cair kahak yang dibekalkan oleh hospital," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Doktor memang dah beritahu kami, jantung ayah memang dah lama lemah, berfungsi hanya 17 peratus sahaja sejak awal lagi. Baru-baru ini, hati dan buah pinggangnya pula mula r0sak sedikit.
"Menurut doktor, harapan untuk sembuh memang tipis, dan kalau rawatan diteruskan, ia akan hanya meny£ksanya. Namun begitu, ayah tetap kelihatan seperti biasa. Dia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda s@kit yang t£ruk. Dia masih mampu berbual dan bergurau macam biasa," tuturnya.
Tambahnya, arwah ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa dia perlu bersedia untuk mengambil alih dan menguruskan segalanya selepas dia tiada.
"Masa dia cakap begitu, saya cuba tahan perasaan dan tak mahu terlalu sedih. Tapi itulah antara pesanan yang masih tersemat dalam ingatan saya.
"Jadi saya perlu kuat dan teruskan apa yang beliau mulakan. Masa itu, emak tak tahu lagi tentang keadaan ayah. Hanya saya dan ayah sahaja yang tahu.
"Sekarang, mak masih dalam fasa menerima kehilangan ini. Dia perlukan masa untuk pulih dan kami akan sentiasa ada bersamanya, perlahan-lahan memberikan sokongan," jelasnya.
Dalam pada itu, Alun yang berterima kasih dan terharu melihatkan ramai rakan-rakan sekerja serta kenalan hadir pada hari pengebumian ayahnya, memberitahu, dia sedar ayahnya mempunyai hubungan yang istimewa dengan Melodi.
"Dari zaman mula-mula dia naik nama, saya tengok sendiri bagaimana semua orang beri perhatian padanya. Saya bangga, walaupun kadang-kadang rasa segan juga bila tengok betapa dikenali dan dihormatinya arwah ayah," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment