15 May 2025

BAPA DIDIAGNOS KANS£R PARU-PARU - AKIM AHMAD DEDAH DIA & ADIK-BERADIK LELAKI 'TURNING POINT', BERHENTI MER0KOK



"Ada sebab kenapa saya berhenti merokok, tiga tahun lepas ayah saya didiagnos kans£r paru-paru. Jadi itu merupakan 'turning point' untuk saya dan adik-beradik lelaki lain berhenti mer0kok.
"Saya ambil pendekatan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik dan sihat. Ayah saya juga sudah berhenti sejak tiga tahun lalu dan kesihatannya menunjukkan perkembangan baik. Saya sudah setahun berhenti."

Itulah jelas penyanyi Akim Ahmad atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 34, yang mendedahkan dia sudah setahun berhenti mer0kok selepas bapanya didiagnos hidap bar@h paru-paru pada tahun 2022.

Kata Akim, perkara itu juga merupakan 'turning point' buatnya dan adik-beradik lelaki yang lain berhenti gaya hidup tidak sihat itu.

Tambahnya lagi, hasil daripada usahanya untuk berhenti mer0kok sejak setahun lalu itu membuatkan staminanya bertambah baik sekaligus membantu dari segi nyanyian.

Akui Akim, dia yang sudah terj£bak dalam gejala tidak sihat itu ketika di bangku sekolah lagi, pada awalnya suk@r berhenti kerana dia merupakan seorang per0kok t£gar.

"Sangat susah pada awalnya untuk berhenti, kerana saya seorang per0kok t£gar. Saya sehari boleh habiskan sekotak.

"Saya selalu tanya kepada diri sendiri, perlukah berhenti terus atau macam mana. Saya sendiri berp£rang dengan ment@l saya," ujar suami kepada penyanyi Stacy Anam atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 35.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: