"Kebiasaannya kita akan berakhir dengan empat hingga lima troli ketika membeli barangan runcit. Sebab dekat rumah ramai orang, jadi setiap dua minggu saya akan beli tujuh hingga lapan ekor ayam.
"Tak termasuk dengan makanan laut, daging dan lain-lain. Dekat rumah hari-hari macam kenduri," tulis pelakon Datin Intan Najuwa dimana kongsinya, dia akan membeli barangan dapur setiap dua minggu untuk seisi keluarga termasuk pembantu rumah serta pengasuh.
Intan yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di media sosial, berkata, setiap kali membeli barangan dapur, pasti akan memborong sehingga empat atau lima troli dan rumahnya seperti ada kenduri.
Kongsi Intan lagi, kerja-kerja pembersihan bahan mentah akan dilakukan oleh pembantu rumah serta memastikan barangan masakan itu akan disimpan dengan baik.
"Kebiasaannya, pembantu akan bersihkan dan siang ikan semua sebab mereka terlebih rajin. Mereka akan letakkan barangan basah dalam tupperware dan susun dalam tempat penyejuk beku. Dapur dan pantri dah macam kedai runcit, kedai tomyam pun ada," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment