03 May 2025

DAKWA JADI M4NGSA PEN1PUAN - ZARA ZYA TUNTUT PERMOHONAN MAAF



Pelakon Zara Zya, 40, yang sebelum ini mendedahkan nama dan wajah lelaki yang didakwa menyamar sebagai dirinya dengan tujuan memp£rdaya m@ngsa untuk mendapatkan wang ini menjelaskan, tindakannya itu bagi mengelak orang ramai menjadi m@ngsa pen1puannya.
Mengenai k£s itu lagi, Zara yang pernah menjadi m@ngsa pen1puan, berkata, dia hanya mengenali lelaki terbabit atas urusan perniagaan kerana pernah berurusan dengannya membabitkan jual beli daging kambing perap untuk infaq, Ramadan lalu.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk buat sias@tan terperinci terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya.

"Lelaki itu menyamar sebagai diri saya dengan menghubungi m@ngsa secara bertulis dan bercetak melalui WhatsApp untuk men1pu bagi mendapatkan wang.

"Lelaki itu juga meyakinkan m@ngsa dengan mendakwa ada projek usahasama antara saya dengan sebuah syarikat penerbangan," katanya yang berkongsi perkembangan k£s

"Saya hanya mengetahui nama diguna pakai bagi tujuan tidak baik selepas m@ngsa mengadu kepada pengurus, Jamal Salleh. Lelaki itu juga mendakwa kononnya saya ada hubungan dan akan berkahwin dengannya tidak lama lagi.

"Segala kenyataannya itu adalah tidak benar dan fitn@h semata-mata," jelas Zara yang turut memaklumkan, dia sudah membuat laporan polis berhubung k£s berkenaan dan menuntut pihak terbabit membersihkan nama baiknya.

"Saya sudah merujuk k£s ini kepada peguam dan jika dia gag@l membuat kenyataan maaf secara terbuka, saya akan mengambil tindakan sam@n fitn@h untuk membersihkan nama," tuturnya.

Terdahulu, Zara telah berkongsi mengenai lelaki yang didakwa menyamar sebagai dirinya dan memp£rdaya m@ngsa untuk mendapatkan wang menerusi media sosial miliknya dan turut memaparkan tangkap layar perbualan individu berkenaan dengan m@ngsa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: