17 May 2025

"DIA JENIS LURUS & IKHLAS" - SUAMI PERTAHANKAN ATIKAH SUHAIME, KATA DIA TAK PERNAH MINTA DUIT DARINYA & KELUARGA



"Atikah tak pernah minta saya atau keluarga saya duit, atau benda-benda lain. Dia jenis lurus dan ikhlas sebab itu keluarga saya akan beri sahaja sokongan kepada Atikah.

"Saya rasa tak dapat jumpa wanita seperti ini tapi Alhamdulillah jumpa juga. Tiada siapa pun yang sempurna tetapi hatinya suci."

Demikian jelas usahawan Datuk Lokman Teh dimana dia meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan wanita seperti isterinya, pelakon Datin Atikah Suhaime.

Klik untuk gambar besar

Lokman menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan, isterinya itu tidak pernah meminta duit atau apa saja daripadanya termasuk keluarga.

Menyifatkan Atikah seorang wanita yang lurus, Lokman berkata, disebabkan sifat isterinya itu keluarganya memberi sokongan kepada pelakon itu dan bersyukur dikurniakan isteri sepertinya yang mempunyai hati yang suci
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Lokman yang mempertahankan isterinya serta memuji Atikah sememangnya seorang yang baik.

Malah, ramai juga yang mendoakan rumah tangga pasangan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: