"Saya tak tahu fasal isu sam@n (melibatkan Fazura) tu, dapat tahu pun bila keluar dekat berita. Saya tak berani nak komen fasal perkara itu (hut@ng). Memang tak boleh nak cakap banyak sebab itu isu peribadi."
Itulah ujar pelakon Fattah Amin dimana jelasnya, dia tidak mengetahui mengenai isu syarikat pembekal tudung mengambil tindakan sam@n terhadap bekas isterinya iaitu pelakon dan usahawan, Nur Fazura berkaitan hut@ng yang tertunggak berjumlah RM4.65 juta.
Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, yang memilih untuk enggan mengulas, itu berkata, dia merasakan perkara berkenaan terlalu s£nsitif.
Dalam pada itu, Fattah berkata, sebagai bekas suami, dia juga meluahkan rasa simpati apabila mendengar kisah tersebut menjadi bualan.
Klik untuk gambar besar
"Dia pun bukan orang lain, ibu kepada anak saya," ujarnya dimana baginya berdiam adalah langkah terbaik daripada mengundang pelbagai tanggapan tidak benar, selain juga berharap kisahnya tidak menjadi bahan bualan kelak sekira berlaku sesuatu.
"Jika suatu hari diuji, saya pun tak mahu orang berkata bukan-bukan sebab tak tahu cerita sebenar," jelasnya yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya hasil perkahwinan bersama Fazura, sebelum mereka disahkan bercerai.
Sebelum ini, media melaporkan syarikat milik Fazura gag@l membayar hut@ng RM4.65 juta daripada syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia.
Dakwanya, Fazura hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah sepatutnya sekali gus masih berhut@ng sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.
Malah, segala usaha untuk menyelesaikan isu berkenaan di luar mahkamah juga gag@l apabila pihak Fazura tidak memberikan maklum balas p0sitif.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment