18 May 2025

"BILA BERPANTANG TANPA BABY INI PERASAAN KITA, MOOD KITA TAK MENENTU" - ISTERI SHUIB, WATIE LUAH SYUKUR RAMAI TITIP DOA & KATA SEMANGAT



"Hari yang kelima (Jumaat) berpantang tanpa baby, bila berpantang tanpa baby ini perasaan kita, mood kita tak menentu."
Demikian tulis isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah dimana dia mengakui tidak mudah untuk melalui proses berpantang tanpa kehadiran bayinya selepas mengalami keguguran.

Watie yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video, secara terbuka memaklumkan, dirinya suk@r mengawal em0si yang tidak stabil setelah kehilangan anak pertama dalam kandungan hasil perkahwinannya bersama Shuib.

Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Watie turut sempat mengucapkan terima kasih kepada netizen yang tidak henti menitipkan kata-kata semangat serta doa agar dirinya terus tabah mengharungi ujian tersebut.

"Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang text, call. Walaupun saya tak boleh nak reply, yang komen, yang beri sokongan moral.. Terima kasih banyak-banyak," katanya lagi.

Pada Rabu lalu, Watie atau atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, dia sudah merasai petanda awal 'bintang kecil' yang dikandungnya itu tidak akan bersama lama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: