01 May 2025

DOAKAN MISI SUAMI, AMAR BAHARIN & QOBIN LANCAR - AMYRA ROSLI BERHARAP AGAR MEREKA TURUT DIKURNIAKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT



"Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan suami saya, Amar Baharin dan juga Datuk Qobin sepanjang mereka menjayakan kembara berbasikal tu serta dapat menunaikan haji dan umrah yang mabrur.

"Semoga mereka juga dijauhkan dari segala perkara tidak baik dan Allah sentiasa mengiringi pengembaraan itu sehingga sampai ke Tanah Har@m. Semoga selamat sampai ke destinasi.

"Harapan saya agar mereka turut dikurniakan tubuh badan yang sihat hingga misi kembara itu selesai. Terima kasih juga kepada semua mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua."

Klik untuk gambar besar

Demikian kata pelakon yang juga pengacara Nona iaitu Amyra Rosli, 34, dimana dia terus mendoakan keselamatan suaminya, pelakon Amar Baharin, 40, semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang melakukan misi 'Journey To Tanah Har@m'.

Aktiviti kembara berbasikal sehingga ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah itu adalah yang pertama membabitkan Amar serta dijangka selesai sepenuhnya pada Julai depan.

Amar juga tidak berseorangan kerana kembara itu dilakukan bersama rakan baiknya juga pendaki Gunung Everest, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang berlepas dari Perlis pada 27 April lalu.
Dalam pada itu, Amyra berkata, dia sangat menghormati hobi berbasikal suaminya dan tetap memberi sokongan padu berikutan misi berbasikal berkenaan adalah peluang Amar untuk menjadi tetamu Allah.

Tambahnya lagi, kemudahan teknologi masa kini turut mempermudahkan dia dan Amar saling berkomukasi setiap masa walau di mana suaminya itu berada untuk 'update' semasa kepada keluarga.

"Apa yang pasti, saya difahamkan mereka tidak akan memasuki laluan berbasikal di dua negara bergolak ketika ini iaitu India dan Pakistan. Jadi, bila dapat berita itu, saya dah rasa sangat bersyukur.
"Pada mulanya, memang saya ada rasa risau memikirkan keselamatan suami saya nanti macam mana? Tapi, bila Amar yakinkan yang mereka tidak akan memasuki India dan Pakistan, saya lega.

"Selain keadaan cuaca yang tidak menentu, mereka perlu elakkan juga melalui kawasan negara bergolak itu atas faktor keselamatan dan keamanan. Apapun, semoga semuanya berjalan lancarlah," tuturnya.

Sementara itu, neninjau ke akaun media sosial Amar, bapa dua anak ini kini masih berada di negara jiran, Thailand dalam kawasan Phattalung ke Thung Song untuk menuju ke Bangkok yang mengambil masa 10 hari perjalanan berbasikal.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: