01 May 2025

"YA SAYA SUDAH DIMILIKI DAN SAYA TAK 'AVAILABLE' UNTUK SELAMANYA" - HAEL HUSAINI TAK TOLAK BAKAL KAHWIN DALAM MASA TERDEKAT



"Ya saya sudah dimiliki dan saya tak 'available' untuk selamanya. Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja.
"Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya Insya-Allah saya akan terima dengan hati terbuka dan memberitahu anda semua.

"Saya tidak ada mas@lah untuk berkongsi, cuma bagi saya benda yang tak pasti lagi mungkin kurang enak untuk saya kongsikan."

Itulah jelas penyanyi dan komposer, Hael Husaini yang mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki serta tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Hael berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Maha Esa dan akan kongsikan berita baik itu apabila tiba masanya.

Tambahnya lagi, dia juga tidak menolak jika jodohnya dalam kalangan rakan industri serta meminta mendoakan yang terbaik.

"Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: