"Saya tidak meny£sal pun sebab saya sudah jaga isteri daripada dia terlantar sehingga dia boleh ada pr0duk sendiri dan berdikari sekarang.
"Sampaikan ada doktor-doktor di luar sana yang panggil saya untuk kongsikan pengalaman dan tips macam mana saya melakukannya (menjaga Nor Hidayah ketika s@kit).
"Sebab peny@kit yang dialami oleh bekas isteri saya ini iaitu men1ngitis, kira-kira 98 peratus pes@kit meninggal dunia, manakala dua peratus lagi mengalami kecac@tan seumur hidup."
Itulah kata pelakon, Edika Yusof, 58, dimana dia tidak meny£sal hidup bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, selama 22 tahun yang akhirnya membawa rumah tangga dibina mereka berakhir dengan perceraian.
Ujar Edika atau nama sebenarnya, Muhammmad Yusof Abdul Majid, berkata, sepanjang tempoh itu, dia sudah melakukan yang terbaik dengan menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada Nor Hidayah.
Malah, jelas Edika lagi, dia juga menghalalkan segala kudrat, penat-lelah dan makan minum yang sudah dicurahkannya kepada Nor Hidayah sepanjang wanita itu bergelar isterinya.
"Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya halalkan semuanya. Saya pun tidak putus akan membantu sebab anak-anak sudah besar dan mereka ada masa depan sendiri.
"Yang pakar menjaga isteri saya adalah saya. Anak-anak mungkin duduk satu rumah, hidup sama-sama tetapi yang menjaga dia adalah saya sebelum ini," tuturnya.
Dalam pada itu, Edika juga tidak menafikan keadaan akan jadi berbeza selepas ini, memandangkan dia kini bukan lagi suami kepada Nor Hidayah.
Sementara itu, Hidayah mengatakan dirinya dalam keadaan sihat, sekaligus menafikan dirinya tidak waras seperti didakwa bekas suaminya.
Meskipun dirinya lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu, namun kata Hidayah, dia masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga kerana sering diingatkan Edika tiada benda percuma di dunia ini.
Menurutnya lagi, keluarga mentua juga tahu dia bekerja, malah urusan kerja bekas suaminya sebelum ini turut diuruskan olehnya.
"Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia 'shooting' (penggambaran) ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.
"Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.
"Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan," ujarnya.
Dalam pada itu, Hidayah memberitahu, peringatan bekas suaminya itu disifatkan sangat memilukan hatinya, namun dia bersabar lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.
Semalam, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas hampir 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Edika dan Nor Hidayah bernikah pada 2003 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment