06 May 2025

JENAZAH SOPHIA IBRAHIM SELAMAT DIKEBUMIKAN : "SAYA ADA NAMPAK JUGA PERUBAHAN PADA DIRI ARWAH APABILA DIA SANGAT SUKA MAKAN..." - DATUK TOMMEI TUMIRAN



Kira-kira 100 orang dalam kalangan anggota keluarga, sanak-saudara dan kenalan hadir mengiringi pengebumian Seniwati legenda, Allahahyarham Sophia Ibrahim yang selamat dikebumikan dj Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Jalan Karak, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, hari ini.
Pada majlis pengebumian itu, antara rakan artis yang dilihat hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Mak Jah, Mustafa Kamal, Salamiah Hassan, Suzan Menon, Riot Kool dan Ifa Raziah.

Sebelum ini, Allahyarham Sophia atau nama sebenarnya, Safiah Ibrahim, 77, dilaporkan meninggal dunia di pusat perubatan di Ampang, kira-kira jam 7.15 malam tadi, selepas dikatakan mengalami s£sak nafas ketika menghadiri program di Hotel Grand Barakah Ampang.

Sementara itu, pelakon veteran, Datuk Tommei Tumiran berkata, dia kini kehilangan seorang kakak serta sahabat baik yang sentiasa memberi sokongan termasuk selalu mempertahankan dirinya.

"Arwah sihat-sihat saja dan aktif berjalan ke mana-mana untuk bertemu rakan-rakannya. Pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kami sering berkunjung ke majlis rumah terbuka bersama.

"Saya ada nampak juga perubahan pada diri arwah apabila dia sangat suka makan dan tertanya juga kenapa dengannya? Tapi, rupanya dia mahu meninggalkan kami buat selamanya," tuturnya.

Jenazah Sophia dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves untuk dimandikan, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah.

Allahyarham yang juga kakak kepada penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Latiff Ibrahim, meninggalkan empat anak dan lima cucu.

Allahyarham yang dilahirkan di Singapura itu juga merupakan ibu kepada anggota kumpulan Kool, penyanyi Hairee.

Sophia mula aktif di pentas hiburan sejak era 1960-an. Antara filem lakonannya adalah 'Dr Rushdi' yang diarah dan dibintangi Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.

Pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politik, Farhan Fauzi menghulur sumbangan kepada Sophia bagi meringankan kos pemb£dahan matanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: